Skip to main content

Berita Sukan Am

Jerebu jejas arena sukan, keselamatan atlet jadi keutamaan

Jerebu jejas arena sukan, keselamatan atlet perlu jadi keutamaan

Jerebu bukanlah isu baharu di Malaysia dan setiap kali fenomena itu melanda, arena sukan antara sektor yang turut menerima kesan, terutama membabitkan acara yang berlangsung di kawasan terbuka.

Keadaan itu menjadi lebih membimbangkan apabila beberapa kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu melebihi 100, sekali gus meningkatkan risiko terhadap individu yang melakukan aktiviti fizikal di luar.

Bagi atlet yang menjalani latihan dan pertandingan berintensiti tinggi, keadaan itu perlu diberi perhatian serius kerana aktiviti fizikal menyebabkan kadar pernafasan meningkat, sekali gus meningkatkan jumlah udara tercemar yang disedut masuk ke dalam sistem pernafasan.

Justeru, atlet dan barisan kejurulatihan perlu mengambil kira bacaan IPU semasa sebelum menentukan sama ada latihan luar boleh diteruskan, dikurangkan intensitinya atau dipindahkan ke lokasi tertutup.

Pakar Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim, berpandangan faktor keselamatan perlu menjadi pertimbangan utama ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

Dalam keadaan tertentu, sesi latihan boleh diubah dengan memberi tumpuan kepada latihan kecergasan, kekuatan, taktikal atau pemulihan di dalam bangunan bagi memastikan persiapan atlet tidak terhenti sepenuhnya.

"Prestasi atlet ternyata terjejas jika beraksi atau menjalani latihan dalam keadaan jerebu yang melanda ketika ini," katanya. 

Situasi sama turut memberi kesan kepada penganjuran pertandingan apabila faktor kesihatan dan keselamatan peserta perlu diutamakan.

Antara contoh terbaharu ialah saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) apabila beberapa acara terpaksa dijadualkan semula dan ditangguhkan susulan keadaan kualiti udara.

Acara hoki, misalnya, dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Temerloh, Pahang, sebagai langkah memastikan pertandingan dapat diteruskan dalam persekitaran yang lebih selamat.

"Dalam pertandingan, sukar untuk melakukan pertukaran venue kerana ia melibatkan logistik. Namun langkah itu harus diambil kira sementara menangguh terlebih dahulu saingan harus diambil kira kerana kesihatan dan keselamatan yang bertanding perlu diambil kira."
 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement