Skip to main content

SUKMA

Jerebu: Empat acara sukan Para SUKMA ditangguhkan

DD

Sebanyak empat acara sukan Para (Sukan Malaysia) SUKMA Selangor 2026 yang sepatutnya dijalankan hari ini terpaksa ditangguhkan akibat jerebu.

Keputusan itu diambil Jawatankuasa Pengelola SUKMA, Para SUKMA 2026 selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia dan jawatankuasa khas teknikal yang melakukan pemantauan dari masa ke semasa.

"Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam dan Klang setakat pukul 12 tengahari ini menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 169, memaksa pihak penganjur untuk menangguhkan acara Para olahraga di Stadium UITM, Para renang di Kompleks Akuatik Selangor, acara Para Memanah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor (Kombes) dan Boling Padang di Bayuemas, Klang." Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026, Mohd Najwan Halimi.

Pemakluman mengenai penangguhan dan acara dijalankan semula akan dibuat dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan IPU di kawasan pertandingan sedang berlangsung. 

Saingan Para SUKMA Selangor bermula semalam dan hari ini antara acaraacara yang berlangsung sebelah pagi seperti Para Olahraga, Powerlifting, Para Memanah, Para Badminton, Boccia, Ping Pong, Catur dan Boling Padang. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement