Skip to main content

Bola Sepak

Jalan terus, Nasi Kukus Cikgu Sabri jadi punca pendapatan bekas pemain bola sepak pasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Fahmi

Bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili pasukan Kuala Lumpur (KL) Rovers dan UiTM sekitar tahun 2018 hingga 2025, Fahmi Sabr,i kini memilih haluan berbeza dalam menjalani kehidupan seharian selepas berdepan masalah tunggakan gaji.

Tidak mahu terus terhimpit dengan situasi tersebut, Fahmi mengambil inisiatif untuk menceburi bidang perniagaan. Fahmi memilih berniaga dengan nama kedainya bersempena nama bapanya, yang suatu ketika dahulu merupakan seorang guru.

Advertisement

Nama tersebut dipilih sebagai tanda penghargaan kepada insan yang banyak memberi dorongan serta inspirasi dalam kehidupannya. Perniagaan itu diusahakan bersama tiga orang adik-beradik, dengan Fahmi merupakan anak kedua dalam keluarga.

Berita gembira hadir apabila kedainya mula tular dan mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Jualan ayam yang pada awalnya hanya sekitar enam ekor sehari kini meningkat kepada 15 ekor sehari.

Idea untuk membuka perniagaan tersebut tercetus hasil perbualan dengan salah seorang pembeli di kedai makan lamanya, yang kemudian berkongsi resipi istimewa.

Walaupun kini aktif dalam dunia perniagaan, Fahmi tidak pernah melupakan minatnya terhadap bola sepak. Dia akui masih menyimpan hasrat untuk kembali beraksi dalam Liga Malaysia sekiranya menerima tawaran yang berbaloi dan bersedia untuk kembali jika peluang sesuai mendatang.

Must Watch Video