Skip to main content

Badminton

Jahaberdeen harap KLBA miliki pusat latihan rasmi

Jahaberdeen harap KLBA miliki pusat latihan rasmi

Susulan kemenangan tanpa bertanding sebagai Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) bagi penggal 2026–2030, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos, berharap usaha untuk mendapatkan tempat latihan rasmi KLBA akan menemui titik penamat.

Dia menekankan bahawa hasrat ini selaras dengan misi dan visi persatuan untuk meningkatkan tahap pembangunan pemain badminton Kuala Lumpur.

“Sudah empat tahun menunggu tanpa berita,” luah Datuk Seri Dr. Jahaberdeen mengenai status pusat latihan rasmi KLBA yang dijanjikan sejak empat tahun lalu.

Rayuan untuk menjadikan Arena Badminton DBKL Cheras sebagai gelanggang latihan rasmi KLBA masih belum mendapat kata putus positif.

Sehubungan itu, Presiden KLBA itu bercadang mengadakan perbincangan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, bagi memohon campur tangan untuk menyelesaikan hasrat yang sudah lama tergantung.

“Memang ada perancangan (perjumpaan dengan Hannah) namun ia akan kembali kepada Datuk Bandar sebab semua aset dalam Kuala Lumpur terletak di bawah bidang kuasa Datuk Bandar.

“Jadi jika Datuk Bandar dan juga jawatankuasa terbabit mahu bekerjasama untuk menjayakan pembangunan badminton di Kuala Lumpur, mereka akan bantulah. Jadi kita berdoa dan berharap,” katanya pada sidang media mesyuarat agung tahunan KLBA di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan KLBA, di mana dia menang tanpa bertanding jawatan Presiden.

Jahaberdeen juga memperkenalkan pembaharuan dengan membawa masuk ibu bapa pemain untuk membarisi barisan ahli jawatankuasa, sebagai usaha memantapkan lagi proses pembangunan pemain muda.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Related Topics

Must Watch Video