Skip to main content

Triatlon

Ironman Langkawi: OOTD Pakcik Ariffin memang ngam, tamatkan saingan dalam tujuh jam

ll
Advertisement

Bukan 'bishe-bishe'.

Nama 'Pakcik Ariffin' terus bergema di bumi Mahsuri selepas menamatkan kemunculan pertama Ironman 70.3 Langkawi dengan penampilan sempoi melalui kemeja tanpa lengan, seluar kargo khaki dan kopiah putih yang memang tak tinggal!

Advertisement

Bayangkan, turun bertanding dalam saingan triatlon antarabangsa tanpa kelengkapan yang sempurna tetapi masih boleh menghabiskan perlumbaan 113km hari ini dengan purata kelajuan 8 minit per km?

"Masa renang rasa berat sebab tidak begitu berapa pandai, berbasikal OK sebab itu memang disiplin yang saya lebih berkemahiran.

Advertisement

"Kalau berlari agak sengsara sikit di pertengahan saingan Saya biasa buat 5km dan kali ini kena 20km, itu yang terasa.

"Di pertengahan saingan, kaki saya mula rasa ketat dan saya fikir; 'alamak, mungkin lepas ini terpaksa berjalan.' Tapi sebaik memperlahankan larian, kaki saya kembali OK.

"Saya rasa malu pula kerana ada sebaya dengan saya yang menaiki podium itu, saya harap mereka dapat liputan yang selayaknya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

Pakcik Ariffin mula mencuri perhatian ramai apabila berlari tanpa kasut dalam Taman Negara Ultra Trail yang lalu tetapi baginya, tiada rahsia tertentu yang diamalkannya kerana bagi orang kampung sepertinya, ia merupakan satu kebiasaan.

"Mungkin hari itu orang terkejut kerana pakcik tak berkasut. Mungkin zaman ini jadi pelik. Tapi di kampung-kampung 50 tahun dulu, memang biasa tidak berkasut," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video