Skip to main content

Bola Sepak

Indonesia malukan pasukan ranking ke-154, Beckham balas kritikan pedas

Beckham

Indonesia memulakan perlawanan sulung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Series dengan kemenangan bergaya menewaskan St. Kitts dan Nevis di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), semalam.

Ia, sekali gus menyaksikan ketua jurulatih baharu, John Herdman, melepasi ujian pertama menggantikan Patrick Kluivert sebelum ini.

Advertisement

Dua jaringan daripada penyerang Persib Bandung, Beckham Putra Nugraha, meletakkan Sang Garuda di hadapan pada separuh masa pertama selepas mudah menghidu peluang menerusi kombinasi bersama Ole Romeny dan Ramadhan Sananta.

Sebelum ini, nama Beckham dikritik hebat ekoran prestasi tidak menentu di kelab tetapi masih mendapat kepercayaan Herdman, namun dia membalas kecaman tersebut dengan menyumbat dua gol penting bersama skuad kebangsaan.

Giliran Romeny dan Mauro Zijlstra menambah derita pasukan di ranking ke-154 dunia pada babak kedua untuk keputusan akhir 4-0 selepas wisel penamat dibunyikan.

Bulgaria menjadi lawan seterusnya buat Indonesia pada Isnin sebelum bersambung semula pada kalendar FIFA seterusnya.

Inisiatif FIFA Series ini disambut baik rata-rata peminat kerana menawarkan ujian getir berdepan pasukan daripada rantau berbeza untuk berentap dalam satu kejohanan kecil.

Bukan dicipta untuk kejuaraan, malah merupakan platform untuk memperbaiki ranking dan mencuba kekuatan tersendiri. 

Must Watch Video