Skip to main content

Berita Sukan Am

Ikuti laporan menyeluruh Sukan SEA Thailand di Astro Arena, platform digital Astro

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

 Name SEA GAMES THAILAND 2025

Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya sebagai 'Home of Sports' dengan liputan menyeluruh Sukan SEA Thailand 2025, yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025.

Peminat sukan akan berpeluang mengikuti setiap detik perjuangan atlet-atlet negara secara eksklusif menerusi Astro Arena (Saluran 801, 802) dan platform digital, Astro GO dan sooka.

Advertisement

Sebagai saluran sukan utama Malaysia, Astro bakal menghantar 10 petugas produksi termasuk wartawan, dan jurugambar ke bumi Gajah Putih itu selama 14 hari bagi memastikan setiap perkembangan dan sorotan penting disampaikan terus dari lokasi pertandingan.

Usaha ini mencerminkan komitmen Astro dalam menyediakan liputan komprehensif dan terperinci sepanjang berlangsungnya temasya dwitahunan itu.

Astro akan memulakan liputan temasya Sukan SEA seawal 6 Disember 2025 dengan acara tumpuan pastinya sukan bola sepak.

Skuad kebangsaan dijadualkan membuka kempen menentang Laos pada hari yang sama. Sukan badminton juga berpotensi untuk menyumbang pingat emas apabila Malaysia menurunkan barisan pasukan terkuat, dengan aksi pertama dijadualkan bermula pada 7 Disember 2025.

Aksi tradisi Malaysia menentang Thailand dalam acara sepak takraw turut berkemungkinan menjadi sorotan utama memandangkan kedua-dua negara merupakan seteru utama dalam sukan itu, yang dijadualkan membuka saingan pada 9 Disember 2025.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, menegaskan mengenai komitmen Astro dalam memenuhi keperluan peminat sukan di Malaysia.

"Sebagai Home of Sports, kami komited untuk menyediakan liputan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.

"Sukan SEA merupakan pentas penting yang menampilkan semangat, ketabahan dan pencapaian atlet negara di peringkat antarabangsa.

"Sepanjang temasya, kami akan menyiarkan liputan harian dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam, merangkumi program khas, analisis studio, temu bual eksklusif serta laporan berita terkini di Nadi Arena bagi memastikan peminat tidak terlepas sebarang perkembangan penting.

"Kami mahu setiap detik perjuangan atlet negara dirasai dan dihayati oleh seluruh peminat sukan tanah air," katanya.

Astro akan menyediakan rangkaian program khas untuk melengkapkan pengalaman tontonan penonton.

Butiran program adalah seperti berikut:

Must Watch Video