Stadium Mini Kulim jadi tumpuan menerusi penganjuran edisi pertama Klinik Bola sepak Imigresen FC bersama Datuk Zainal Abidin Hassan yang mendapat sambutan hangat 100 pelajar di daerah Kulim dalam menyemarakkan usaha IFC untuk memperkasakan pembangunan akar umbi di daerah ini.
Program cetusan idea Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama IFC ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat yang melihatnya sebagai peluang terbaik untuk anak-anak mendalami asas permainan.
Advertisement
Klinik ini turut diserikan dengan kehadiran bekas pemain kebangsaan dan Kedah, Ahmad Fauzi Shaari serta Shazwan Zainol dalam berkongsi pengalaman sertai memberiu tunjuk ajar secara langsung kepada peserta.
Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan kemahiran asas bola speak termasuk kawalan bola, teknik hantaran serta pemahaman posisi di atas padang.
Pendekatan latihan yang interaktif dan santai membantu meningkatkan keyakinan serta minat peserta terhadap sukan ini.
Menurut Zainal Abidin, beliau cukup berbangga dengan usaha IFC dalam menyemarakkan pembangunan dalam kalangan anak muda selain peluang mengasah asas kemahiran anak muda di daerah Kulim.
Nada sama turut disuarakan Syazwan Zainon & Ahmad Fauzi yang menanggap usaha ini sebagai satu inisiatif terpuji yang perlu diteruskan dalam memantapkan perkembangan sukan nombor satu negara ini.