Skip to main content

Berita Sukan Am

HSN: Tindakan tepat elak kesan jangka masa panjang

ll
Advertisement

Rata-rata orang ramai yang ditemui kru Nadi Weekend menyifatkan keputusan penangguhan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Kebangsaan di Bukit Jalil hari ini sebagai tindakan tepat memandangkan situasi jerebu yang sedang melanda sekitar Lembah Klang ketika ini merungsingkan.

Langkah drastik yang diambil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) wajar dipuji bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada semua pihak terlibat.

Advertisement

"Ini satu tindakan yang betul.

'Masih ada lagi kejohanan-kejohanan lain yang boleh disertai.

Advertisement

"Paling penting adalah kesihatan kita," kata pemenang perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying.

Selain sambutan HSN peringkat kebangsaan, peringkat negeri Selangor yang dijadualkan hari turut ditangguhkan ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak, bergantung kepada bacaan indeks pencemaran udara (IPU).

"Ia boleh memberi kesan jangka masa pendek dan panjang kepada peserta-peserta jika ia tetap diteruskan.

"Itulah yang terbaik kerana ketahanan murid-murid tak sama dengan golongan dewasa," kata orang awam, Saifudin Sharil.

Menurut seorang lagi orang awam, Sapruddin Hatibe: "Tapi harap ia hanya penangguhan, bukan dibatalkan terus kerana kesihatan perlu dijaga."

 

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video