Selepas hari pertama Kejohanan Golf Maybank yang mengecewakan buat Mirabel Ting, dengan catatan satu bogey dan satu double bogey untuk keputusan tiga di atas par secara keseluruhan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, hari ini.
Player and Rookie of the Year dalam Jelajah Epson tahun ini tersebut bangkit pada hari kedua dengan permainan lebih baik untuk mencatat empat di bawah par bagi merapatkan jurang pungutan mata keseluruhan.
Sangat berbeza dengan apa yang ditampilkan anak jati Miri, Sarawak itu apabila kesilapan 'double bogey' di lubang ke-15 pada hari pertama mengganggu fokusnya.
Namun, kebangkitan hebat ditonjolkan Mirabel apabila konsisten tanpa sebarang bogey pada hari kedua.
Dia juga mencipta empat birdie, sekali gus melonjak markah keseluruhannya kepada saty di bawah par untuk terikat di kedudukan ke-46 bersama enam pemain lain.
Bagi Mirabel, kecemerlangan hari kedua sedikit sebanyak memberinya tonik untuk cuba mendaki kedudukannya pada esok.
"Ia amat bermakna buat saya, ramai yang datang hari ini.
"Selepas pusingan yang buruk esok, masih ramai yang menaruh harapn dan berikan sokongan.
"Aksi hari ini bukanlah yang terbaik. Pukulan saya bagus tapi ada harinya saya tidak dapat melakukan put dengan baik dan inilah harinya.
"Apa pun prestasi saya lebih baik dari semalam.
Sementara hari yang berlainan buat Liyana Azizan Durisic yang dikecewakan persembahan apabila sekadar mencatat satu di atas par berbeza dengan semalam, apabila menjelmakan lima di bawah par.
Dalam masa sama, sengit dalam aksi perebutan puncak Golf Maybank 2026 selepas juara bertahan, Miyu Yamashita, merampas kedudukan teratas hari kedua dengan catatan enam di bawah par hasil daripada enam birdie.
Ia secara tidak langsung meletakkan Yamashita 13 di bawah par secara keseluruhan, dengan Julia Lopez Ramiez dari Sepanyol dan Pauline Roussin-Bouchard dari Perancis menjadi pencabar terdekat dengan 11 di bawah par secara keseluruhan.