Skip to main content

Golf

Golf Amatur Terbuka Selangor: Putri Natasha akui tekanan ekoran peningkatan jumlah pesaing tahun ini

aa

Turun selaku juara bertahan Kejohanan Golf Amatur Terbuka Selangor 2025 kategori wanita, Putri Natasha Ameera Roslee, mengakui saingan hari pertama edisi kali ini memerlukan dirinya lebih mengawal tekanan bagi mendapatkan keputusan terbaik.

Cabaran terbesar adalah untuk mencari cara membuang rasa gementar ekoran penambahan peserta berbanding edisi lalu sekali gus meningkatkan intensiti persaingan.

Meskipun berjaya meraih kedudukan lima terbaik dengan 73 pukulan satu di atas par, Putri menyifatkan terdapat kesilapan di beberapa lubang yang memerlukan penambahbaikan segera dalam saingan hari kedua nanti.

Selain perlu menyesuaikan diri dengan cuaca panas, putri mengakui masih bergelut untuk mendapatkan ketepatan pukulan.

Bagaimanapun, dia yakin mampu tampil lebih cemerlang apabila situasi yang mencabar kemampuan dirinya dalam aspek mengawal emosi dan tekanan ketika di lapangan berjaya diatasi.

Prestasi sepanjang kejohanan ini juga akan dinilai secara menyeluruh sebagai persediaan menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada Ogos depan.

"Secara keseluruhan okay sahaja tetapi ada kesilapan di beberapa lubang, jadi saya mahu baiki saingan hari esok.

"Cuaca sangat panas, semestinya sedikit tertekan kerana ramai peserta tahun ini berbanding edisi lalu." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video