Atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam sukan judo sekali gus kilauan emas kelapan buat kontinjen negara menerusi acara judo kategori 81kg lelaki, Sukan Komanwel Glasgow 2026, sebentar tadi.
Atlet berusia 21 tahun itu menewaskan lawan dari Afrika Selatan, Timothy Meuwson, 10-0.
Pencapaian mengumpul lapan pingat emas itu menyaksikan Malaysia mengatasi pencapaian edisi 2022 dengan tujuh emas.