Petarung dari Lubnan, Ramadan Ondash, tidak dapat menahan kegembiraan selepas melakar kemenangan ke atas jaguh muay thai negara, Johan Ghazali, dalam saingan The Inner Cirle di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.
"Alhamdulilah, saya bersyukur. Terima kasih Malaysia kerana menyokong saya! Terima kasih penaja saya kerana menyokong saya.
"Saya hormati Johan Ghazali, sekarang mari kita pergi makan bersama. Saya kepenatan, saya berlatih tidak henti dan keras dan sekarang kita menang.
"Saya tiada nama untuk dipanggil, saya hanya mahu pulang dan berehat." katanya.