Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Barisan hadapan Harimau Malaya perlu lebih kreatif

vvv

Malaysia perlu menjana gerakan lebih kreatif selepas dihukum Thailand 2-0 dalam pertemuan ketiga Piala Hyundai ASEAN, sebentar tadi.

Seruan itu diluahkan oleh pertahanan negara, Ubaidullah Shamsul Fazili, selepas rentak kemenangan Harimau Malaya dalam Kumpulan B tergendala buat kali pertama di Stadium Rajamangala.

"Kami kurang kreatif di depan.

"Kami fikir boleh bunuh perlawanan awal 20 minit permainan tetapi dengan pengalaman yang Thailand ada, mereka pasukan yang lebih baik.

"Kami tiada pilihan selain kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Filipina untuk tempuh jalan yang lebih mudah.

"Kami perlu berikan aksi terbaik dan keputusan hadir," katanya selepas perlawanan.

Barisan kendalian jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe, akan berdepan tugasan terakhir di peringkat kumpulan bertemun Filipina di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, minggu depan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video