Pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah, sedang mengalami nasib malang apabila tidak memiliki kelab sejak Julai lalu, dan ia menggemparkan dunia bola sepak berikutan status elit yang dimilikinya.
Gergasi Thailand, Ratchaburi, menjadi destinasi terakhirnya sementara masih menanti perkhabaran ke manakah hala tujunya selepas ini. Baru berusia 28 tahun, dan masih mencari peluang seterusnya dalam karier bola sepak.
Pada September tahun lalu, penyerang kebangsaan Brunei itu dikaitkan menyertai kelab Liga Malaysia (Liga-M), Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM), namun ia sekadar khabar angin.
¡EL FUTBOLISTA MÁS RICO DEL MUNDO ESTÁ SIN EQUIPO!
Faiq Bolkiah terminó su contrato con el Ratchaburi de Tailandia y actualmente es AGENTE LIBRE. 👀⚽️
Su carrera futbolística no ha estado a la altura de su increíble historia personal: su fortuna familiar se estima en más de… pic.twitter.com/vwbOFWvO0W— Motivaciones Fútbol (@MotivacionesF) September 22, 2026
Faiq merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Muiz'zaddin Wad'daulah, yang juga antara individu terkaya di dunia.
Menurut laporan media antarabangsa, Faiq dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak AS$20 bilion dan dikatakan berkali ganda lebih banyak berbanding gabungan kekayaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Faiq memulakan perjalanan bola sepaknya bersama pasukan remaja Newbury sebelum berpindah ke akademi Southampton, Chelsea dan Leicester City.