Christian Eriksen meinggalkan Wolfsburg atas persetujuan bersama, tiga bulan selepas rebah ketika perlawanan persahabatan antara Denmark dan Ukraine.
Bekas pemain tengah Manchester United itu sepatutnya menghabiskan kontrak bersama kelab divisyen kedua German tersebut pada Jun 2027.
Pemain berusia 34 tahun itu sebelum ini pernah mengalami serangan jantung ketika perlawanan pembukaan kempen Euro antara Denmark yang menentang Finland di Copanhagen pada 2021.
"Ketika ini, ia penting untuk saya sentiasa dekat dengan keluarga saya di Denmark. Saya gembira yang kita berjaya mencapai kata sepakat," kata Eriksen.
"Tempoh saya bersama Wolfsburg ada turun naiknya. Saya yakin bahawa kelab ini sudah berada di tangan orang yang betul dan menyasarkan untuk kembali ke Bundesliga, dan saya percaya masa depan kelab ini akan kembali cerah."