Skip to main content

Sukan

Gempar! Marc Marquez umum persaraan, GP Valencia bakal jadi perlumbaan terakhir sang legenda

Gempar! Marc Marquez umum persaraan, GP Valencia bakal jadi perlumbaan sang legenda
Advertisement

Dunia MotoGP dikejutkan dengan pengumuman persaraan Marc Marquez yang bakal menamatkan karier profesionalnya sebaik sahaja Grand Prix (GP) Valencia melabuhkan tirai hujung minggu ini.

Keputusan luar jangka itu diumumkan oleh pelumba Sepanyol berkenaan bersama pasukan Ducati Lenovo Team pada hari pertama sesi latihan bebas di Litar Ricardo Tormo, Jumaat.

Advertisement

Lebih mengejutkan, pengumuman itu hadir hanya seminggu selepas Marquez mengesahkan gelaran dunia MotoGP kelapannya di GP Portugal, sekali gus menyamai rekod legenda Itali, Giacomo Agostini bagi kejuaraan kelas perdana.

Pelumba berusia 33 tahun itu turut menutup musim 2026 dengan koleksi 10 gelaran dunia keseluruhan, termasuk kejuaraan dalam kelas 125cc dan Moto2.

Advertisement

Keputusan bersara itu juga hadir ketika Marquez masih mempunyai kontrak bersama Ducati sehingga penghujung musim 2028, selepas kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan kerjasama pada Jun lalu.

Malah, pengurus pasukan Ducati, Davide Tardozzi sebelum ini menyatakan keyakinan penuh bahawa Marquez akan terus beraksi bersama pasukan itu pada musim 2027.

Bagaimanapun, sejarah kecederaan yang panjang serta kesan fizikal akibat tuntutan perlumbaan dipercayai menjadi antara faktor yang mempengaruhi pertimbangan masa depannya.

Musim 2026 khususnya menyaksikan Marquez masih bergelut dengan kesan kecederaan bahu yang dialaminya pada 2025, sekali gus memaksanya mengubah pendekatan ketika beraksi di litar.

Pengumuman itu turut memberi kesan besar kepada perancangan Ducati untuk musim 2027 dan seterusnya, terutama ketika MotoGP bakal memasuki era baharu jentera 850cc serta penggunaan tayar Pirelli.

Pedro Acosta yang bakal menyertai Ducati dari KTM dijangka memikul tanggungjawab besar dalam projek baharu pasukan itu, manakala Fermín Aldeguer antara nama yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Marquez.

Persaraan itu bakal menutup perjalanan luar biasa seorang pelumba yang pernah menguasai MotoGP bersama Honda sebelum menghidupkan semula kariernya menerusi Ducati.

GP Valencia yang berlangsung pada 27 hingga 29 November ini kini bukan sekadar perlumbaan penutup musim, sebaliknya menjadi pentas terakhir Marquez sebagai pelumba profesional.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video