Skip to main content

Bola Sepak

Gempar! FIFA kenakan penalti ke atas JDT

JDT
Advertisement

Fail kes bertarikh 22 September itu telah tersebar luas di media sosial.

Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengenakan penalti terhadap Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali pertama selepas kelab itu didakwa gagal menepati penilaian di bawah Peraturan FIFA Clearing House (FCH).

Advertisement

Sekatan tersebut melibatkan levi sebanyak 2.5 peratus ke atas 31 perintah pembayaran berasingan.

Kegagalan itu menyebabkan pembayaran pampasan latihan berjumlah 44,878.68 euro (kira-kira RM215,000) kepada kelab pembangunan pemain tertangguh, dengan jumlah levi dianggarkan 1,122 euro (kira-kira RM5,400).

Advertisement

Levi ini berfungsi sebagai pengganti faedah lewat bayar dan perlu disalurkan kepada kelab terbabit melalui FCH. 

Sebanyak 31 perintah pembayaran itu melibatkan perpindahan penyerang Colombia, Jorge Leonardo Obregon, dari kelab Croatia, HNK Rijeka, serta penyerang kelahiran Brazil, Joao Figueiredo, dari kelab Turkiye, RAMS Basaksehir.

Di bawah peraturan FIFA, kelab-kelab perlu melepasi proses semakan wajib sebelum FIFA Clearing House boleh memproses dan menyalurkan pampasan latihan tersebut.

Kelab-kelab pembangunan pemain tidak menerima bayaran kerana JDT gagal melengkapkan proses semakan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Jawatankuasa tersebut menyatakan bahawa levi ini berfungsi sebagai ganti kepada faedah atas kelewatan pembayaran, memandangkan kegagalan pihak responden dalam penilaian pematuhan telah menyebabkan kelab-kelab pembangunan pemain tidak menerima pampasan latihan mereka tepat pada masanya," menurut dokumen tersebut.

Harimau Selatan pada malam tadi turut mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut bagi menjelaskan status semasa. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Luis Garcia, mengesahkan penerimaan levi berkenaan dengan arahan pembayaran di bawah peraturan tersebut.

JDT memaklumkan pengurusan tertinggi kelab sebelum ini tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan sebelum semakan dalaman dijalankan.

Dia mengesahkan bahawa berita itu terlepas pandang dan telah mengenal pasti individu yang terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara itu diberikan perhatian yang diperlukan.

Walaupun kadar penalti yang dikenakan hanya 2.5 peratus, namun bekas legenda Liverpool itu menegaskan JDT tetap memandang serius perkara itu agar tidak berulang pada masa akan datang. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video