Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa menjadi tulang belakang sukan hoki di Malaysia dengan menawarkan sokongan berterusan sejak tahun 1975 hingga kini.
TNB menganjurkan Klinik Hoki Thunderbolts sebanyak enam kali setahun -- melibatkan 600 pelajar dengan kos anggaran RM150,000 setahun.
Advertisement
Penerusan aktiviti itu mencerminkan komitmen TNB untuk pelaburan jangka masa panjang dalam sukan hoki memberi impak nasional.
Sepanjang tiga hari penganjuran klinik hoki berkenaan berjaya menarik 150 pelajar untuk hadir berguru bersama tenaga pengajar.
Tujuh peserta di posisi penjaga gol diberikan peluang menimba kemahiran dan teknik penjaga gol bersama S. Kumar.
"Semua boleh sertai klinik ini, dan tidak termaktub untuk ahli TNB sahaja.
"Ada sekolah yang mempunyai fasiliti hoki, dan ada yang tiada.
"Ada yang mahu bermain hoki tetapi tidak memiliki peluang.
"Ada yang menyertai akademi anjuran negeri atau kelab.
"Apakah nasib kepada mereka yang tidak mempunyai apa-apa peluang? Jadi, klinik inilah menjadi pemangkin buat peserta," kata S. Kumar.