Skip to main content

Sukan SEA

Final Piala FA: Trofi ini lebih merindui Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala FA

Pengurus Besar Sabah, Md Joh Wid, percaya pasukannya sudah bersiap sedia bagi menghadapi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam penentuan kejuaraan Piala FA 2025/2026, Ahad ini.

Meskipun bakal turun dengan status selaku underdog, Joh meegaskan The Rhinos tidak akan memberi laluan mudah buat Harimau Selatan yang pastinya memburu gelaran kejuaraan Piala FA buat musim keempat berturut-turut sejak 2022.

Advertisement

Ujarnya, peluang beraksi di pentas final selepas 27 tahun menanti wajar dimanfaatkan sebaik mungkin barisan pemainnya dengan mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan.

Dia turut menyeru kepada seluruh penyokong setia Sabah supaya hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Jean-Paul de Marigny itu.

Untuk rekod, kelab Borneo itu muncul juara Piala FA buat julung kalinya pada 1995 ketika menewaskan Pahang 3-1 di Stadium Merdeka.

"Niat untuk melangkah ke salah satu perlawanan akhir (pertandingan Liga Malaysia) telah tercapai.

"Ia adalah objektif utama yang perlu dicapai sejak saya menduduki kerusi pengurus besar.

 

 

 

"Pemain cukup bersedia, bebas kecederaan dan daripada segi mental, mereka cukup bersemangat.

"Ini bukan sekadar mengulangi sejarah yang pernah dicapai 27 tahun lalu.

"Kami juga mempunyai sejarah yang sangat manis dengan piala ini.

"Piala ini pernah berkampung di tempat kami, tidak mustahil.

"Kami merindui piala ini dan saya kira piala ini lebih merindui kami," katanya di venue perlawanan hari ini. 

Must Watch Video