Skip to main content

Sukan SEA

Fasiliti sudah capai 40 peratus, jerebu tak ganggu persiapan Malaysia anjur Sukan SEA 2027

hh

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Bimol, yang percaya jerebu tidak akan mengganggu persiapan Malaysia dalam menganjur temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2027.

Menurutnya, persiapan daripada segi fasiliti kini sudah mencapai tahap 40 peratus dan memerlukan baki persiapan dijangkakan selesai pada Mac hadapan.

"Semuanya (fasiliti) akan siap pada suku pertama tahun depan. Apabila siap, kita akan buat 'test run'  sebelum hari sebenar Sukan SEA 2027.

"Pengajuran tahun depan kami telah ambil langkah berjaga-jaga, jika berlakunya jerebu pada waktu itu, kami sudah tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.

KBS menerusi sekretariat penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 meluncurkan sambutan kira detik satu tahun bagi menyemarakkan persediaan menghadapi kedua dua temasya dwitahunan itu.

Malaysia telah menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak tujuh kali dengan kali terakhir pada 2017, dan edisi kali ini mencipta sejarah apabila melibatkan empat kluster iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor untuk berganding bahu menjayakan temasya berprestij rantau Asia Tenggara ini.

"Sebenarnya tiada masalah kerana ini keputusan untuk letakkan empat kluster iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.

"Sebenarnya memberikan ruang daripada rakyat Malaysia, ini adalah perbezaan berbanding sebelum ini hanya di KL." tambah CDM Sukan SEA 2027, Datuk Mohd Iruan Zulkefli.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement