Bekas pemandu formula 1, Ralf Schumacher memberikan pandangan bahawa situasi yang dialami oleh juara dunia empat kali, Max Verstappen adalah perkara biasa dalam dunia perlumbaan.
Memberi respon terhadap kenyataan Verstappen yang seakan mahu meninggalkan dunia F1 akibat rasa kecewa dengan peraturan baharu serta prestasi hambar pasukan Red Bull Racing, Schumacher menyatakan bahawa ia sepatutnya tidak berlaku sebegitu.
Advertisement
Malah putaran kemenangan dan kekalahan yang dialami oleh mana-mana pelumba adalah fitrah yang harus diterima oleh semua pemandu dalam dunia perlumbaan selain sikap matang yang seharusnya ada terutamanya membabitkan seseorang yang pernah bergelar juara dunia.
Bercakap pada podcast F1 Sky Sport Germany Backstage Boxengasse, Schumacher mengulangi pendirian tersebut dengan melihat agar Verstappen harus bersikap lebih profesional.
"Verstappen perlu bersikap lebih sebagai ketua dalam sebuah pasukan selain harus mengenepikan perasaan kecewa peribadi. Malah beliau perlu memimbing pasukan Red Bull keluar daripada kekangan serta kekalahan yang sedang mereka alami ketika ini."Jelasnya lagi.
Di bawah peraturan baharu 2026 yang diperkenalkan ketika ini, pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes itu hanya mampu menduduki tangga keenam dalam carta kedudukan pasukan selepas mengumpul 16 mata selepas tiga pusingan yang diharungi.
Manakala dalam kedudukan pemandu pula Verstappen kini menduduki tangga ke-9 dengan 12 mata di belakang Perre Gasly daripada pasukan Alpine yang dilihat agak menyerlah bagi musim 2026.
Manakala seorang lagi pemandu Red Bull Racing, Isack Hadjar pula ketika ini menduduki tangga ke-12.