Skip to main content

Sukan

F1 pendekkan jarak perlumbaan kepada 290km bermula 2027

F1 pendekkan jarak perlumbaan kepada 290km bermula 2027
Advertisement

Perlumbaan Formula 1 (F1) akan menjadi lebih pendek bermula musim 2027 selepas Suruhanjaya Formula 1 bersetuju mengurangkan jarak standard Grand Prix daripada 305 kilometer kepada 290 kilometer.

Perubahan itu dijangka memendekkan perlumbaan sekitar dua hingga tiga pusingan, selaras dengan penambahbaikan peraturan unit kuasa 2027 berkaitan aliran bahan api.

Advertisement

Suruhanjaya turut bersetuju menghapuskan had maksimum tiga jam dari permulaan hingga tamat perlumbaan, termasuk tempoh gangguan akibat hujan atau faktor lain.

Bagaimanapun, had dua jam perlumbaan sebenar dikekalkan, selain satu had masa baharu bagi memastikan perlumbaan yang terganggu mempunyai waktu tamat yang jelas.

Advertisement

Menurut FIA, langkah itu bertujuan memberi peluang lebih baik kepada penonton untuk menikmati perlumbaan penuh apabila berlaku gangguan.

Penganjur juga akan diberikan lebih fleksibiliti untuk memanjangkan sesi latihan bebas sekiranya sesi berkenaan terganggu.

Dalam perubahan lain, homologasi kotak gear akan dimansuhkan mulai 2027, sekali gus memberikan lebih kebebasan kepada pengeluar untuk meneruskan pembangunan komponen berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video