Skip to main content

Bola Sepak

Exco FAM letak jawatan: Kenapa bantu kalau tak lemah? -- Pakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Richard Scully

"Kenapa bantu kalau tak lemah?"

Demikian persoalan yang dilontarkan pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully, berhubung peletakan jawatan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan kemasukan wakil Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai pemantau kepada badan induk itu.

Advertisement

Richard berharap bantuan daripada AFC akan mengembalikan kredibiliti FAM menjelang kongres tahunan mereka, untuk memilih barisan Exco baru yang lebih dinamik.

Dia juga berharap agar semua pihak dapat belajar daripada apa yang sudah berlaku untuk sama-sama membawa bola sepak negara maju ke depan menjelang ulang tahun ke-100 penubuhan FAM.

"Kita brenunglah bersama demi bola sepak negara kerana Oktober atau November ini, FAM akan berusia 100 tahun," katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Adakah kita akan dapat wujudkan satu sinar baru dan tinggalkan yang sudah berlaku.

"Kerana sedikit-sebanyak semua pihak terkesan, maka janganlah kita bergembira kerana perjalanan kita masih jauh.

"Kita belum jejak Piala Dunia Remaja, kita belum jejak Piala Dunia di peringkat senior."

 

Must Watch Video