Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Usah mimpi pasal kejuaraan -- Guardiola

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

EPL

 

MAN CITY 1 BRIRGHTON 1

Advertisement

Pep Guardiola menegaskan ketumpulan penyudah sebagai kebimbangan terbesarnya sambil mengakui Manchester City tidak layak memikirkan kejuaraan melainkan mereka mula meledak lebih banyak gol selepas seri 1-1 dengan Brighton di laman sendiri, awal pagi tadi.

Erling Haaland meletakkan City di depan melalui sepakan penalti tetapi gol penyamaan Kaoru Mitoma memastikan tuan rumah sekadar berpuas hati untuk seri buat kali ketiga berturut-turut.

“Sudah tentu jika kami tidak memenangi perlawanan, kami tidak boleh memikirkan perkara-perkara seperti itu (gelaran),” katanya selepas perlawanan.

“Kami mencatat keputusan yang luar biasa di Nottingham Forest dalam satu perlawanan yang sukar, malah selain telah melalui tiga perlawanan dengan sangat baik.

"Banyak perkara yang baik tetapi kami tidak menjaringkan gol. Bukan hanya seorang atau dua pemain, ia merangkumi semua pemain di barisan hadapan dan malangnya kami tidak mampu menjaringkan gol. Ia adalah sebahagian daripada tugasan mereka.

“Bukan hanya seorang pemain, tetapi semua pemain dan itulah sebabnya kami tidak mampu memenangi perlawanan."

Guardiola juga mengesahkan Manchester City ditimpa satu lagi situasi kecederaan apabila Savinho -- yang tercedera ketika bertemu Sunderland -- dijangka tersisih sekurang-kurangnya untuk enam minggu.

"Dia akan berehat lama," katanya lagi.

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video