Skip to main content

Bola Sepak

Enzo terlepas hukuman selepas siku kepala Elliot Anderson

ada

Selain drama kebangkitan Argentina pada penghujung permainan, aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 turut dicemari kontroversi selepas terjahan Enzo Fernandez terhadap Elliot Anderson mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.

Insiden itu berlaku seawal minit ketiga apabila pemain tengah Argentina tersebut melakukan cabaran keras terhadap Anderson yang menyebabkan penyokong England mempersoalkan keputusan pengadil Ismail Elfath meneruskan permainan tanpa melayangkan kad.

Dalam insiden itu, Enzo dilihat sempat menyiku kepala Anderson menyebabkan pemain tengah England itu tersungkur dan menahan kesakitan sambil memegang bahagian belakang kepalanya.

Malah, ada yang berpendapat tindakan Fernandez wajar dihukum sekurang-kurangnya dengan kad kuning kerana cabaran tersebut dilihat berisiko mencederakan lawan.

Namun, Elfath kekal dengan keputusannya dan Video Bantuan Pengadil (VAR) juga tidak campur tangan untuk mengubah keputusan berkenaan.

Aksi keras terus mewarnai separuh masa pertama apabila kedua-dua pasukan bertarung sengit dalam perlawanan yang sarat dengan tekanan.

Sehingga rehat, hanya dua kad kuning dilayangkan iaitu masing-masing kepada Anderson dan pertahanan Argentina, Lisandro Martinez.

Walaupun mencetuskan kontroversi, insiden itu tidak memberi kesan terhadap perjalanan Argentina yang akhirnya bangkit menewaskan England 2-1 untuk menempah tiket ke final.

Argentina kini akan berdepan Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia 2026 selepas juara Eropah itu terlebih dahulu mengesahkan kemaraan sehari sebelumnya. -- Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Must Watch Video