Elysia Wan Abdul Rahman adalah bekas atlet tenis Malaysia yang pernah mencipta nama di persada antarabangsa. Dilahirkan di Sarawak dan mula bermain tenis sejak umur enam tahun di bawah bimbingan bapanya, sehingga mencapai ranking junior ITF setinggi 768 pada tahun 2018.
Selain bakat sukan, Elysia juga menonjol kerana kecantikannya dan turut menceburi bidang model yang menjadi satu gabungan unik memikat ramai.
Advertisement
Selepas mengakhiri karier kompetitif, dia menukar haluan menjadi jurulatih tenis berlesen di bawah Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), dan kini aktif memberikan latihan kepada kanak-kanak dan dewasa melalui platform laman media sosial instagram ‘Tennis With Elysia’ di Kuala Lumpur.
Sebagai seorang jurulatih yang juga pempengaruh di media sosial, Elysia membawa pengalaman bekas atlet ke dalam latihannya -- bukan sekadar mengajar teknik tenis, malah melalui perkongsian di Instagram, Elysia turut berjaya mewujudkan sebuah komuniti tenis yang positif dan menyeronokkan, menghubungkan pemain dari pelbagai latar untuk saling menyokong dan berkembang bersama.
Gabungan wajah menawan, latar sukan yang kukuh dan kemampuan menginspirasi generasi muda menjadikan Elysia adalah antara 'role model' yang ideal kerana bukan sahaja aktif dalam dunia sukan, malah bijak menjaga penampilan diri dalam setiap permainannya.
Dedikasi terhadap kecergasan, disiplin sebagai bekas atlet tenis, serta keupayaannya mengekalkan gaya hidup sihat sambil tampil anggun menjadikan dia inspirasi kepada ramai.