Skip to main content

Bola Sepak

Dipilih Harimau Muda, Tierney terlepas final Piala FA bersama Sabah menentang JDT?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tierney

Panggilan pertiwi atau pertemuan penting kelab?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan senarai akhir 23 pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) menghadapi temasya Sukan SEA Thailand bermula Sabtu ini.

Advertisement

Penyerang Sabah, Fergus Tierney, terpilih bagi membawa cabaran Malaysia diketuai jurulatih, Nafuzi Zain, menentang Laos dan Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B.

Ia, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa bintang berusia 22 tahun itu akan terlepas membantu Sang Badak bertemu juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan akhir Piala FA 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 14 Disember ini.

Dengan penantian selama 27 tahun, Sabah berkemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat Tierney ekoran membantu Harimau Muda dalam kejohanan dwitahunan itu.

Pasukan kebangsaan akan berjumpa Laos diikuti Vietnam pada 11 Disember.

Sekiranya layak ke separuh akhir, skuad negara akan bermain pada 15 Disember.

 

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video