Skip to main content

Bola Sepak

De Paula datang MBPJ tonton Selangor-Imigresen

De Paula

Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula, mencuri tumpuan peminat apabila kunjungannya ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyaksikan Selangor menewaskan Imigresen dalam perlawanan Liga Super semalam.

Bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu hadir melihat kemenangan Gergasi Merah, sekali gus terus menghidupkan peluang merebut posisi kedua liga selepas tekanan daripada Kuala Lumpur (KL) City dan Kuching City juga merebut tempat sama.

Advertisement

Dalam aksi itu, skuad kendalian Kim Pan-gon merekodkan kemenangan 4-0 menerusi dua sentuhan penyudah Chrigor Moraes -- selain gol Zikri Khalili, Moraes dan Vitor Pernambuco.

Kali terakhir tonggak kelahiran Brazil itu bermain di Liga Malaysia (Liga-M) pada 2023 dan memberi bayangan tentang kariernya, namun keputusan mengenai persaraan sehingga kini belum jelas.

De Paula mencatatkan 13 penampilan bersama skuad kebangsaan pada 2021 hingga 2022.

Selangor, Kuala Lumpur (KL), Perak dan JDT antara kelab yang menaikkan namanya dalam kancah tempatan sebelum berpeluang menyarung jersi Malaysia. 
 

Must Watch Video