Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Juara CP150, CP125 puas atasi pancaroba terakhir

ll
Advertisement

Sejarah sekali lagi diukir Azroy Hakeem Anuar untuk mengulangi pencapaian gemilang Cub Prix Malaysia dalam edisi 2021 di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

Azroy Hakeem muncul juara keseluruhan bagi kategori utama CP150 setelah menamatkan saingan pusingan kelapan sebentar tadi di tempat kedua.

Advertisement

Kedudukan itu sudah memadai untuk pelumba tersebut mengukir sejarah paling bermakna buat Honda Castrol Power One Yuzy Racing.

"Kemenangan ini tidak akan terjadi kalau bukan hasil sumbangan kerjasama sepasukan.

Advertisement

"Kami dapat tamatkan perlumbaan musim ini dengan cemerlang.

"Saya masih ada satu lagi baki perlumbaan dalam ARRC (Kejuaraan Motorsikal Asia) dan fokus saya akan beralih ke situ pula," katanya.

Sementara itu, perlumbaan penuh drama yang dihujani dengan jatuh bangun serta protes akhirnya terlerai dengan keputusan kejuaraan memihak kepada Md Farid Hakimi yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan biarpun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pusingan kali ini.

Pungutan mata keseluruhan 113 mata yang diraihnya sudah mencukupi untuk dirinya bergelar juara CP125, namun harus berterima kasih kepada Khairy Asyraf yang memintas Md Idlan Haqimi pada saat-saat akhir untuk memenangi perlumbaan di tempat sendiri.

"Masa terjatuh, harapan  saya boleh dikatakan sudah tiada sebenarnya.

"(Apa pun) saya tak patah semangat sambil berharap motorsikal saya mampu menyambung perlumbaan.

"Saya jatuh tidak teruk lalu saya cepat-cepat angkat motorsikal untuk kejar (pelumba di hadapan).

"Walaupun makin merapati jurang tapi saya sudah capai had maksimum jadi saya sudah putus harapan untuk kejuaraan keseluruhan.

"Lagipun ada protes daripada pasukan lain, itu membuatkan saya lebih berdebar.

"Saya tidak tahu kenapa mereka banyak aduan tentang motorsikal saya, mungkin mereka banyak duit (untuk buat aduan) ," kata Farid.

Dalam pada itu, kategori Wira KBS terus didominasi Nuzzul Ady Muhammad Sudin apabila terus mempamerkan tunggangan konsisten sepanjang perlumbaan dengan memastikan podium tengah menjadi miliknya meskipun secara matematik, dia sudah pun terlebih dahulu muncul juara keseluruhan.

Dia mengumpul 175 mata keseluruhan dan mengekalkan prestasi sebagai antara pelumba muda paling konsisten pernah dijelmakan Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing Team.

"Persiapan saya sama sahaja dengan pelumba lain. Cuma saya lebihkan aspek latihan berbanding kecergasan.

"Kalau beralih CP125, saya sudah bersedia dan menyasarkan kelompok lima teratas," katanya pula.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video