Penyerang import Selangor, Chrígor Moraes, melakar satu lagi pencapaian peribadi selepas meledak gol ke-50 bersama Gergasi Merah dalam semua pertandingan.
Lebih manis, gol berkenaan hadir ketika Selangor mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan Sabah dengan agregat 4-3.
Moraes, yang baru beraksi kurang dua musim bersama Selangor, bagaimanapun sedikit kecewa apabila tidak dapat berkongsi detik istimewa itu bersama penyokong setia Gergasi Merah.
Namun, pencapaian berkenaan mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara tonggak penting jentera serangan Selangor sejak menyertai kelab itu.