Selepas menamatkan saingan free practice pertama di tempat keempat, pemandu Ferrari, Charles Lecrec, menakluk Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan catata masa terpantas dalam sesi kedua hari ini.
Leclerc adalah antara 12 pemandu F1 musim ini yang tidak pernah bersaing di SIC, namun berjaya mencatatkan masa satu minit, 37.528s (saat) untuk mendahului kelompok pemandu lain menuju ke sesi ketiga yang akan berlangsung esok.
Sementara itu, pemandu Red Bull, Max Verstappen, terlebih dahulu meneruskan momentumnya selepas masa terpantas di free practice one, apabila berjaya mencatat masa 1.37.785s, di FP2 sekaligus mendahului George Russell.
Usaha daripada Kimi Antonelli pula terpaksa dibatalkan kerana melebihi had trek, sementara Russell menamatkan sesinya lebih awal di sektor terakhir.
Leclerc pula diekori rapat Isack Hadjar yang berjaya menamatkan sesi di P2, Lando Norris di P3.
Rakan sepasukan Leclerc iaitu Sir Lewis Hamilton terpaksa puas dengan tempat kelima, ketinggalan sebanyak 0.305s.
Selain sesi latihan ketiga esok, sesi kelayakan akan berlangsung pada 3:55 petang! Astro akan membawakan siaran langsung menerusi saluran 820!