Skip to main content

Sepak Takraw

Grand Final VSL: Kami tak mahu beri mata mudah -- Politeknik Malaysia, UPM berentap di final kuadran

XS
Advertisement

Universiti Putra Malaysia (UPM) memastikan final kuadran milik mereka dengan hasrat besar melunaskan dendam selepas kecundang dalam sirkit kedua.

Pentas final nanti mereka akan bertemu Politeknik Malaysia dan terkandas di suku akhir dalam saingan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi baru-baru ini.

Advertisement

Berhadapan Politeknik Malaysia yang merupakan juara SUKIPT edisi kali ini, UPM tidak mahu kekecewaan berulang lagi.

Sudah semestinya langkah ke final hanya mahu disudahkan dengan kemenangan berstatus grand final, yang dianggap sebagai penawar terbaik buat UPM

Advertisement

"Situasi dalam gelanggang tidak mudah walaupun menang 2-0, kami kerap berbincang agar kurangkan kesilapan.

"Untuk kuadran, mata dari servis memang sukar! " kata tekong UPM, Muhammad Adam Haikal Khalid.

UPM tidak berhadapan dengan halangan besar untuk menempah slot ke final.

Skuad kuadran UPM berjaya menundukkan lawan dari UITM dengan kemenangan straight set 2-0.

Bermula di set pertama lagi, situasi kejar mengejar dapat dilihat dengan jelas melibatkan kedua pasukan, namun UPM berjaya mengutip mata pertama dengan kemenangan 17-16.

UPM tidak mahu menunggu lama untuk memastikan slot final milik mereka, slot kedua menjadi milik UPM dengan kemenangan 15-13

"Esok final kami tak mahu beri mata mudah buat lawan, di SUKIPT kami tak bernasib baik. Saya yakin dengan kemampuan rakan-rakan saya." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video