Penolong jurulatih Sabah, Alto Linus, berpuas hati dengan kemunculan pertama muka-muka baru pasukannya ketika menentang PDRM.
Chris Ondong Mba dan Ernesto Phumipha diberi kepercayaan untuk memulakan perlawaan di Stadium Likas malam tadi, di mana sumbangan Phumipha menjelmakan gol pembuka tirai pada minit ke-54 perlawanan suku akhir pertama Challenge Cup itu.
Advertisement
"Kami berehat 10 hari tanpa perlawanan malah aksi persahabatan sekalipun.
"Kami terus beraksi kedua-dua pemain ini dapat bermain dan keserasian mereka menjadi.
"Kami perlu perbaiki kombinasi gerakan yang tidak begitu menjadi dalam separuh masa pertama," katanya selepas perlawanan.
Sang Saka Biru yang turun sekali lagi tanpa kehadiran pengendali, Eddy Gapil, diakui bergelut untuk menemui rentak dalam separuh masa kedua, namun bertekad mengambil pengajaran dalam kekalahan ini menjelang perlawanan timbal-balik dua minggu lagi.
"Kami berdepan tekanan hebat daripada pihak lawan terutama dalam babak kedua.
"Kami patut sumbat satu gol dalam separuh masa pertama dan bergelut dalam tempoh 15 minit babak kedua.
"Sabah pula mencipta banyak gerakan dari sayap serta bergelut ketika lawan satu hingga dibolosi dua kali," kata penolong jurulatih, V Kavichelvan.