Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Malaysia Uni. Knights dan Kedah Eagles Tempah Slot Suku Akhir

d
Advertisement

Malaysia Uni. Knights mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan Perlis Vipers 2-0 dalam aksi Kumpulan B sekali gus menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara.

Malaysia Uni. Knights mempamerkan aksi meyakinkan apabila menguasai perlawanan untuk mencatat kemenangan menerusi keputusan 15-10 dan 15-8.

Advertisement

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia Uni. Knights mengiringi Sabah Mountaineers yang muncul juara Kumpulan B untuk turut melangkah ke peringkat suku akhir.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Kedah Eagles turut mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mencatat kemenangan straight set 2-0 ke atas Labuan Drillers.

Advertisement

Kedah Eagles mempamerkan prestasi konsisten apabila memenangi set pertama 15-10 sebelum meneruskan momentum untuk menamatkan set kedua dengan keputusan 15-13.

Kejayaan itu membolehkan Kedah Eagles melengkapkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara Kumpulan D hasil kemenangan ke atas Labuan Drillers.

Sementara itu, Putrajaya Cyborg turut mengesahkan kelayakan ke suku akhir apabila muncul naib juara kumpulan sekali gus melengkapkan senarai dua pasukan yang mara dari Kumpulan D.

Dengan berakhirnya aksi berkenaan, hanya tinggal berbaki dua perlawanan bagi kumpulan A dan Kumpulan C yang menampilkan Sarawak Hunter akan menentang Pahang Mammoth dan Bomba Fighters akan menentang Terengganu Turtles pada malam ini.

 

*Shekhinah PR, selaku Rakan Media Digital CelcomDigi STL, akan membawakan perkembangan terkini, berita dan liputan sepanjang musim CelcomDigi STL menerusi Flash Sukan. Layari www.flashsukan.com.my untuk mendapatkan lebih banyak berita dan perkembangan terkini mengenai CelcomDigi STL.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video