Keupayaan Chrigor Moraes difahamkan menjadi sasaran Kuching City bagi terus memperkuat bahagian serangan kelab itu pada masa akan datang.
Kemas kini laman transfermarkt menyaksikan bintang Selangor itu memiliki kontrak bersama Gergasi Merah sehingga pertengahan tahun hadapan.
"Secara peribadi, saya melihat Moraes sebagai penyerang yang memang kita mahukan. Cuma, kita perlu menghormati kontraknya di Selangor dan mengambil kira kemampuan kewangan kelab.
"Kita tahu kualiti dan keupayaannya. Bukan mudah mendapatkan pemain seperti itu kerana nilainya juga tinggi.
"Soal pemain yang diidamkan terpulang kepada jurulatih, Aidil Sharin Sahak. Tetapi secara peribadi, Moraes memang antara penyerang yang kita cari," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali Hassan, seperti dilaporkan akbar tempatan.
Iswandi turut menegaskan tiada rundingan atau tawaran daripada The Cats terhadap pemain import kelahiran Brazil itu.