Johor Darul Ta'zim (JDT) II terus mendahului puncak Liga A1 Semi-Pro meskipun perbezaan mata tidak terlalu ketara dengan tempat kedua (Kedah FA) dan tempat ketiga (Selangor II) selepas memperoleh kemenangan besar 5-2 ke atas Perak di tempat sendiri, Sabtu lalu.
Juara bertahan itu berjaya memiliki satu lagi keputusan tiga mata, namun dicemari kontroversi pergaduhan pada minit-minit akhir permainan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.
Video tersebut tular di TikTok menerusi perkongsian CEO On Tour yang sempat merakam insiden tersebut berpunca daripada kesilapan pemain tuan rumah sebelum tonggak pelawat tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.
Perlawanan tergendala seketika dengan pengadil meleraikan ketegangan tersebut sebelum aksi bersambung semula hingga wisel penamat dibunyikan.
The Bos Gaurus pulang dengan hampa susulan gagal mencipta kebangkitan, sekali gus menghuni tempat keenam setakat ini.
Video penuh: