Agensi anti dadah Nigeria menyatakan bahawa mereka telah menahan seorang pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat (AS) yang beraksi di Thailand, selepas pegawai menemui 33.95 kilogram (kg) kanabis di dalam dua buah beg pakaian yang ditinggalkannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lagos.
Agensi tersebut mengenal pasti suspek sebagai Greene Da'monte Khiree, 28, dari Savannah, Georgia.
Menurut Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Dadah Kebangsaan (NDLEA), pegawai telah memantau pergerakannya dan menahannya di kawasan parkir lapangan terbang selepas meninggalkan dua buah beg yang mempunyai tanda namanya.
Agensi itu memaklumkan bahawa beg-beg tersebut mengandungi 32 bungkusan kanabis serta satu peranti pengesan.
A U.S. basketball player is facing drug trafficking allegations after authorities say he abandoned 75 pounds of marijuana at a Nigerian airport. Greene Da’monte Khiree, 28, allegedly arrived from Thailand with two suitcases packed with cannabis, then attempted to leave the airport with only his carry-on. He reportedly told investigators he was in Nigeria to "build networks for his basketball career." Khiree previously played at Reinhardt University and South Georgia Technical College and has since played professionally in Thailand. 📷 National Drug Law Enforcement Agency
— Complex (@Complex) November 16, 2026
NDLEA menyatakan bahawa suspek memberitahu dia telah menetap dan bermain bola keranjang secara profesional di Thailand sejak Oktober 2025, serta datang ke Nigeria untuk bercuti.
NDLEA turut memaklumkan bahawa pemeriksaan forensik terhadap telefon bimbit suspek telah menemui maklumat yang mengaitkannya dengan penghantaran tersebut.