Skip to main content

Sukan SEA

Berbasikal Bukit Sukan SEA: Zulfikri Zulkifli raih perak cross country eliminator

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Zulfikri Zulkifli MTB

Pelumba berbasikal bukit, Zulfikri Zulkifli, menambah koleksi pingat kontinjen negara apabila meraih pingat perak acara cross country eliminator di Khao Kheow Open Zoo, Chonburi sebentar tadi.

Zulfikri menamatkan cabaran dengan catatan masa 1:35.277s dan hanya ketinggalan 3.587s berbanding pemenang pingat emas dari Indonesia, Rendy Varera.

Advertisement

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet Filipina, Mark Louwel, dengan catatan 1:41.859s

Sebagai rekod, ia merupakan pingat pertama diraih kem berbasikal bukit negara selepas Eddyna Nasuhar Zainal Abidin terlepas kedudukan podium acara downhill semalam, di mana dia terjatuh sebanyak dua kali dan terpaksa berpuas hati di tempat ketujuh.

 

Must Watch Video