Sebelum ini tular Selangor merekrut penganalisis dari Korea Selatan, Lee Soon-seok, yang pernah berkhidmat bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.
Soon-seok menjadi juruanalisis di kelab gergasi EPL itu pada 2017 sehingga 2020 selain pernah menyertai barisan kejurulatihan Ulsan Hyundai dari 2021 sehingga 2023 dan kini bersama Selangor dibawah pengendali pasukan, Kim Pan-gon.
Advertisement
Malah, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, hari ini mengesahkan kehadiran bekas jurulatih kecergasan Panathinaikos, Nicolas Maidana, yang berada dalam sesi pemanas badan hari ini bagi memperkuatkan jentera Gergasi Kuning.
Selain Panathinaikos, Maidana juga pernah bekhidmat bersama Granada CF, Flamengo, Santos Laguna, Udinese, Club Nacional dan CA Boston River.
"Dia merupakan jurulatih kecergasan baru Selangor, datang daripada Uruguay, Nicolas Maidana, individu baru sertai Selangor.
"Ini petanda Selangor perlukan pasukan yang berkualiti untuk bersaing bukan sahaja di pentas domestik tetapi di pentas Asia." katanya.