Ini merupakan kali kedua Hadi Fayyadh Abdul Razak berkelana ke Jepun bagi meneruskan karier selaku pemain bola sepak profesional.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu meninggalkan PDRM dan bergabung bersama kelab divisyen keenam liga Jepun, Vencedor Mie United, selaku penyerang baru pasukan itu.
Hadi Fayyadh yang pernah menyarung jersi skuad negara bawah 23 tahun (B-23) dan Harimau Malaya itu sekali lagi meninggalkan Liga Malaysia (Liga-M) untuk kali kedua untuk terbang ke negara Matahari Terbit itu.
🇯🇵 Hadi Fayyadh Abdul Razak has joined Vencedor Mie United Club in Japan. pic.twitter.com/NvyizAs1qS
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) May 22, 2026
Pada 2019, selepas beraksi dengan JDT II, pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak bersama Fagiano Okayama juga menyertai Azul Claro Numazu secara pinjaman pada 2022.
Dia kemudiannya kembali ke tanah air untuk membantu Perak sebelum membawa haluan bersama Sang Saka Biru.
Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Zack Haikal Wan Noor antara yang wakil lain yang pernah menimba ilmu di Jepun. Malah, pertahanan warisan kebangsaan, Dion Cools, sedang mencipta sensasi bersama Cerezo Osaka dalam liga utama ketika ini.