Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona sediakan diet khas Ramadan buat Lamine Yamal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ll

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas untuk Lamine Yamal bagi membolehkannya menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa menjejaskan prestasinya di atas padang.

Pemain sayap berusia 18 tahun itu sekali lagi menjalani ibadah puasa seperti yang dilakukannya pada Ramadan tahun lalu.

Advertisement

Untuk itu, kelab mahu memastikan tuntutan berpuasa tidak menjejaskan tahap tenaga atau proses pemulihan Yamal, terutamanya dengan jadual perlawanan yang padat sepanjang bulan suci ini.

Perlawanan pertamanya ketika berpuasa adalah menentang Levante pada hari Ahad, jam 4:15 petang (waktu tempatan).

Menurut laporan media Sepanyol, AS, pendekatan ini bukan perkara baharu bagi Barcelona.

Kelab pernah menyediakan program serupa untuk pemain Muslim lain seperti Ousmane Dembele, Franck Kessie dan Ansu Fati.

Pelan ini menekankan penyesuaian waktu pemakanan dan penghidratan supaya pemain dapat mengekalkan tahap kecergasan maksimum sambil menghormati komitmen agama mereka.

Fokus utama adalah menyediakan hidangan seimbang ketika iftar, mengelak pengambilan makanan berlebihan atau berat yang boleh mengganggu tidur atau memperlahankan proses pemulihan.

Penghidratan juga diberi perhatian khusus dengan Yamal digalakkan minum air secukupnya sebelum perlawanan bagi mengimbangi tempoh berpuasa.

Musim lalu, Yamal berjaya menyeimbangkan tanggungjawab profesionalnya dengan berpuasa, menunjukkan prestasi tinggi walaupun sedang menunaikan ibadah.

Kelab menjangka beliau mampu mengulangi pencapaian itu, namun pasukan perubatan mengambil langkah tambahan untuk meminimumkan sebarang risiko.

Berpuasa boleh menjadi cabaran besar bagi atlet, terutamanya dalam sukan yang memerlukan tenaga berterusan dan tumpuan maksimum.

Dengan menyesuaikan diet dan rutin pemulihan Yamal, Barcelona berharap dapat mengekalkan prestasinya dan memastikan pemain muda ini kekal tajam sepanjang Ramadan. - Sinar Harian

Must Watch Video