Skip to main content

Badminton

BAM beri kebebasan buat Jawatankuasa Prestasi tentukan struktur kejurulatihan baru skuad negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tengku Zafrul.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan kuasa penuh kepada Jawatankuasa Prestasi, yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Lee Chong Wei, untuk menentukan struktur kejurulatihan baru skuad kebangsaan.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, percaya keputusan pelantikan jurulatih baharu kini tidak lagi perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis.

Advertisement

BAM juga mengesahkan spekulasi bahawa bekas jurulatih kepada Chong Wei, iaitu Datuk Tey Seu Bock, akan terus bertugas melatih perseorangan lelaki senior, manakala Yeoh Kay Bin pula akan bertindak sebagai jurulatih skuad remaja negara.

"Prosesnya adalah kita memberikan kuasa kepada dua pengarah teknikal untuk membuat keputusan dan tidak perlu melalui Majlis BAM," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Ia kemudian akan melalui Jawatankuasa Prestasi, yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Lee Chong Wei, untuk membincangkan prestasi pemain, prestasi dalam kejohanan, contohnya seperti dalam Sukan SEA baru-baru ini."

 

Must Watch Video