Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Remaja Dunia Berpasukan selepas menewaskan naib juara edisi lalu, Indonesia, di Stadium Antarabangsa Kaherah malam tadi.
Penantian selama sembilan tahun itu menyaksikan pelapis kebangsaan layak dengan keputusan 2-0, sekali gus menepati ramalan selaku pilihan pertama kejohanan kali ini.
Rujuk pecahan aksi negara di bawah:
RESULTS | #WorldJuniorChampionships2026 | SF #MAS 🇲🇾 2-0 #INA 🇮🇩 FINAL BOUND AFTER NINE YEARS! 🔥💪🏻 Our juniors withstand Indonesia’s challenge to clinch a 2-0 victory and book their final spot, marking Malaysia’s first return to the title clash since 2017! 🇲🇾🏸 One step closer to the ultimate prize, juniors! 💫 #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia
— BAM (@BA_Malaysia) October 9, 2026
Kali terakhir Malaysia mara ke final acara berpasukan adalah pada edisi 2017 di Yogyakarta.
Malah, kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan pada 2011 di Taiwan yang ketika itu dibintangi pemain seperti Nur Mohd Azriyn Ayub, Soniia Cheah dan Shevon Lai Jemie.
Ubi muda negara itu akan bertemu juara bertahan, China, pada malam ini bagi penentuan pingat emas.
Untuk rekod, ini menjadi penampilan kelima skuad negara dalam final kejohanan itu sejak dipertandingkan pada 2000.