Skip to main content

Permotoran

Petronas MAM Malaysian Cub Prix: Cipta sejarah -- ini keputusan kelayakan aksi pertama berlangsung malam

dd
Advertisement

Sesi kelayakan bagi perlumbaan pada waktu malam buat kali pertama dalam sejarah penganjuran Cub Prix menyaksikan Azroy Hakeem Anuar mendominasi kategori CP150-A.

Azroy menamatkan sesi kelayakan sebentar tadi selaku penunggang paling pantas dengan catatan 1:11.169 saat.

Advertisement

Juara keseluruhan 2021 CP150 itu mendahului Kasma Daniel Kasmayuddin yang berada di kedudukan kedua, manakala MD Haziq Md Fairues yang menunggang untuk Idemitsu Honda YAM Racing menamatkan sesi kelayakan di tempat ketiga, di hadapan Md Idil Fitri Mahadi.

Dalam sesi kelayakan CP150-B, Md Farish Hafiy Farid Sezli, terpantas dalam saingan sengit di samping Shahrol Syazras Shahrol Yuzy.

Advertisement

Namun, catatan 0.222 saat membezakan dua penunggang tersebut, dengan Farish Hafiy di hadapan dan tempat ketiga diraih Ahmad Darwisy Ahmad Shahir dengan catatan 1:12.171 saat.

Dalam pada itu, kategori Wira pula pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing, Ahmad Malek Ridha, bakal memulakan perlumbaan esok di petak pertama selepas mencatatkan 1:14.531 saat.

Pendahulu semasa yang juga rakan sepasukannya, Nuzzul Ady Sudin, akan memulakan perlumbaan di petak kedua selepas ketinggalan 0.503 saat.

Ketiga terpantas ialah pelumba Igol Brothers 7 Tech Racing, Fairil Hazmi.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video