Pasukan ke-40 dunia terpalit dalam kontroversi baharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu pemain yang tidak layak beraksi dalam kempen kelayakan dan Piala Dunia 2026.
DR Congo didakwa menurunkan pemain yang tidak sah semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.
Pendedahan itu telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pasukan lain, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan tindakan undang-undang.
Lebih parah, seorang wakil FIFA menafikan segala dakwaan, sambil memaklumkan tiada kesalahan dibuat oleh negara Afrika itu.
"FIFA mengesahkan bahawa tiada isu berkaitan kelayakan pemain bagi perlawanan playoff DR Congo menentang Jamaica mahupun bagi kempen Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung Jun lalu.
African nation escaped punishment despite failing to properly register Lionel Mpasi in case that raises fresh questions over Fifa governance @ben_rumsby has more 👇 https://t.co/2wElSLtMZQ https://t.co/uy02ZSvlBL
— Telegraph Football (@TeleFootball) October 6, 2026
"Seperti yang telah dimaklumkan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah menyemak bantahan yang dikemukakan oleh Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF), namun diputuskan sebagai 'kes ditutup'," katanya.
Nigeria dan Jamaica, yang kedua-duanya disingkirkan oleh DR Congo, telah menyuarakan kebimbangan mereka. Kedua-dua badan induk negara berkenaan kini sedang mempertimbangkan langkah seterusnya.
Jamaica meluahkan kebimbangan mendalam mengenai integriti proses kelayakan tersebut serta berasa kecewa kerana prosedur tatatertib standard seolah-olah diabaikan di peringkat global.
Terdahulu, DR Congo difahamkan gagal melengkapkan dokumen wajib FIFA yang diperlukan untuk memproses pertukaran status kewarganegaraan Lionel Mpasi secara rasmi.