Skip to main content
Advertisement

Badminton

Badminton: Kami tak fikir menang atau kalah kerana kami sedar bukan pilihan -- Juara Terbuka Perancis

vv
Advertisement

Meskipun rekod pertemuan memihak beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang sudah melakar dua kali kemenangan sebelum ini, malah perkara itu jelas dipamerkan dalam apabila beregu lelaki nombor lima dunia itu meraih kemenangan dalam set pertama 21-13.

Namun, kebangkitan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dalam baki saingan memastikan mereka menang 21-15, dan seterusnya menoktahkan set penentuan dengan kemenangan 21-7 untuk meraih kejuaraan kedua tahun ini dalam Jelajah BWF dan yang pertama di kejohanan bertaraf Super 750 di Terbuka Perancis 2026 itu.

Advertisement

"Saya rasa kami tidak fikirkan menang atau kalah, kerana kami berasakan kami bukan pemain pilihan, cuma berusaha dapatkan mata demi mata.

"Sebenarnya kami tiada sasaran kerana saya baru pulih daripada kecederaan, mungkin kami beraksi tanpa tekanan jadi kami boleh beraksi dengan baik," kongsi Wei Chong.

Advertisement

"Kerana konsistensi kami tidak begitu baik, jadi kami hanya fokus perlawanan demi perlawanan dan saya bagitahu gandingan saya agar lakukan yang terbaik sampai ke penghujungnya.

"Kami sudah bergandingan lebih daripada lima atau enam tahun, kami kembali dan saya harap dapat teruskan." kata Kai Wun.

Untuk rekod, kejayaan itu turut menyaksikan wakil negara itu menamatkan penantian selama 22 tahun dalam sektor tersebut buat Malaysia.

Kali terakhir gandingan lelaki kebangsaan merangkul gelaran dalam Terbuka Perancis pada 2004 oleh Koo Kien Keat-Gan Teik Chai.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video