Nama Mohamad Arif Abdul Latif disebut-sebut menggantikan abangnya Zakry Abdul Latif sebagai pembantu ketua jurulatih badminton di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Ia, selepas Zakry secara rasmi melapor diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Advertisement
Langkah tersebut dikaitkan dengan persediaan menghadapi Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 dan Sukan Universiti Dunia (WUG) 2027.
"Saya berpendapat itu tindakan bijak kerana Zakry pernah bekerjasama dengan Rosman Razak.
"Kedua-dua jurulatih ini mempunyai pengalaman luas dan memiliki corak permainan tersendiri untuk gandingan beregu wanita negara," katanya.
Kini fokus utama adalah memperkukuh skuad badminton KPT menjelang persaingan sengit di peringkat serantau dan antarabangsa.
AUG bakal menjadi platform ujian buat pemain muda, manakala WUG menuntut tahap kompetitif yang lebih tinggi.
Pengalaman Arif sebagai bekas pemain antarabangsa kini ditagih untuk memberi impak positif kepada persiapan pasukan buat edisi 2026.
"Sekarang, saya baru memberi maklum balas kepada pihak KPT. Jika diberi peluang, saya akan membuat yang terbaik.
"Saya banyak belajar daripada Zakry tentang selok belok pemain dan corak latihan.
"Saya juga selesa bekerja dengan Datuk Rashid Sidek," tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.