Skip to main content

Sukan SEA

Back to back to back -- Tomyam rai hatrik emas skuad bola jaring negara dalam Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bolajaring

Semasa bertugas di siaran Liputan Harian sempena membawakan perkembangan dalam Sukan Sea 2025, saya bersama hos Faiz Gurun sempat berborak atas talian dengan salah seorang pemain sandaran Fariha Razak, dan kapten, Syafazliana yang meraikan kejayaan mereka itu secara santai di sebuah kedai makan tomyam di Thailand sebelum masing-masing pulang ke Malaysia.

Bukan setakat itu, pasukan Malaysia sempat mendendangkan lagu ‘We Are The Champions’ oleh Queen menunjukkan eskpresi gembira dan bangga selepas berhempas pulas dengan aksi 'come back' menundukkan musuh tradisi Singapura yang juga merupakan juara Asia dan Piala Liga Negara-Negara 2025 itu, sekali gus menamatkan kempen dengan kemenangan 52-49.

Advertisement

Menerusi perkongsian Fariha Razak yang hampir tidak menyertai pasukan, akibat kecederaan minit akhir dan kurang persediaan — dia sangat berbangga dengan apa yang ditonjolkan pasukan. Lebih-lebih lagi dengan penampilan pertama 10 orang pemain (debut) dalam temasya dwitahunan itu yang berjaya mengawal gugup dan tekanan atas gelanggang Stadium Chantana Yingyong, Universiti Chulalongkorn.

Untuk rekod, selepas kemenangan pada 2017 dan 2019. Sukan bola jaring tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Vietnam dan edisi 2023 di Kemboja. Manakala Singapura yang merupakan pasukan pilihan pula, pernah meraih emas pada edisi 2015.

Ini juga membuktikan satu saingan hebat kita boleh jangkakan dalam Saingan Netball Super League (NSL) 2026! Dan, tahniah buat skuad bola jaring negara yang telah mengharumkan nama Malaysia. 
 

Must Watch Video