Malaysia selaku tuan rumah Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 bercadang untuk menubuhkan universiti yang mengkhususkan sains sukan sebagai aspirasi jangka panjang bagi membangunkan atlet berprestasi tinggi menerusi pendekatan yang menggabungkan elemen kecemerlangan sukan dan akademik.
Kepakaran serta kemudahan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meneroka gagasan itu termasuk bidang sains sukan, penyelidikan dan pemakanan atlet.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meningkatkan jumlah biasiswa sukan daripada 100 kepada 110 tempat setahun bagi membantu kelompok besar atlet pelajar meneruskan pengajian sambil membina kerjaya sukan.
"36 peratus atlet yang mewakili negara datang daripada institut pengajian tinggi.
"Dan dalam hal yang sama, KPT meneruskan program-program untuk meningkatkan -- pertama, keboleh pasaran graduan kami dalam kalangan atlet.
"Kami akan membuka ruang untuk meningkatkan pendidikan mereka seperti tempat khas buat golongan ini," kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Bahang kehangatan AUG 2026 semakin dirasai dan temasya edisi ke-22 itu bakal membuka tirai bermula 10 Disember hadapan dengan penyertaan 11 negara ASEAN dalam 19 jenis sukan.
Temasya berlangsung di lima universiti awam di Lembah Klang, UiTM Shah Alam, Universiti Malaysia (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan anggaran keseluruhan 4,669 peserta merangkumi atlet, pegawai, pengadil, pegawai pertandingan dan sukarelawan.
Seramai 19 atlet IPT memperkuatkan kontinjen negara dalam 19 acara sukan dipertandingkan.
"Saya memangi emas dalam dua edisi AUG yang lalu. Ini penyertaan ketiga jadi saya mahu kekalkan standard tinggi ini.
"Saya tidak mahu tinggalkan saingan ini dengan kenangan buruk, saya mahu cipta sejarah buat diri sendiri, kata atlet karate kumite (60kg) negara, Sureeya Sankar Hari Sankar.